Thursday, June 3, 2010

Jawapan Objektif ChemQuest 2010

Kepada pelajar ASiS,

Sila download jawapan objektif di sini - 2010 ChemQuest Paper-1.

Kalau jawapan yang  rasa tak betul, highlightkan. Kita akan bincang di sekolah kemudian atau mel kepada saya : cikguadura@gmail.com

Thursday, April 1, 2010

EMIS ONLINE ver5.1

EMIS ONLINE ver5.1

PENGUMUMAN PENTING

Mulai hari ini, kami telah menyediakan satu lagi kemudahan iaitu Login Guru. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Mereka juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Sila war-warkan kepada semua guru kerana segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMIS.

Kata laluan default adalah nombor KP. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut

30 top SPM students get national scholarships

KUALA LUMPUR: Thirty outstanding 2009 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) students who scored A+ in all subjects are recipients of the inaugural 2010 National Scholarship.

They will pursue studies in the disciplines of their choice at leading universities of the world recognised by the government, said a statement from the Prime Minister's Office.

The scholarship was announced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when he tabled the 2010 Budget in Parliament in October last year to reward students who excelled in their studies.

He said then that the national scholarship would be awarded to 30 creme de la creme students strictly based on merit to enable them further their education in world-renowned universities.

The statement said the students would attend preparatory courses at centres in the country designated by the government.

It said each of these students was required to attain a certain level of excellence at the preparatory course to qualify for studies abroad.

As of this year, the government had decided to sponsor most outstanding SPM students to pursue education for their first degree at leading universities in the country and abroad.

"This sponsorship programme is aimed at providing prestigious scholarships for outstanding SPM students in the effort to produce quality human capital to ensure the nation's continuity capabilities in the future," the statement said.

Gladys Tan, the best student of 2009 SPM, said soon after getting her results on March 11 that her ambition was to become a lecturer in biology or a related discipline. - Bernama.

Following is the list of the students:

1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road, Kuching)

2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)

3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan, Labu, Negri Sembilan)

4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar)

5. Syamilah Mahali (Tunku Kurshiah College, Seremban)

6. Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Gombak, Selangor)

7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Baru)

8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Malacca)

9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Gombak, Selangor)

10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)

11. Muhammad Amal Aiman Mohd Yusof (Mara Junior Science College (MRSM) Kota Baru)

12. Kuah Jia Ying (SMK Bukit Jambul, Penang)

13. Chean Chung Shen (SMK Methodist (ACS) Sitiawan)

14. Ahmad Zhafir Zulkfli alias Zulkifli (Integrated Fully Residential School (SBPI) Temerloh)

15. Goh Diangde (SMK Derma, Kangar)

16. Ameenah Azman (Tunku Kurshiah College, Seremban)

17. Erin Chuah Wei Yen (SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur)

18. Mohamad Syukri Azmi (MRSM Kota Baru)

19. Muhammad Syafiq Kamarulzaman (SBPI Selandar)

20. Neelam Devi Nath (SMK Buloh Kasap, Segamat, Johor)

21. Ooi Hui Lynn (SMK Convent Green Lane, Penang)

22. Nurliyana Sanusi (MRSM Kota Baru)

23. Gan Li Fang (SMK Tun Mamat, Tangkak, Johor)

24. Muhammad Sallehuddin Mansor (SMK Matang, Perak)

25. Muhammad Izzat Solihuddin (MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, Malacca)

26. Nurizzati Zainal Nazeri (Saad Foundation College, Malacca)

27. Khairunnisa Che Bahrun (Maahad Ahmadi Arabic School, Tanah Merah, Kelantan)

28. Nurulaida Mohd Darus (SBPI Jempol, Negeri Sembilan)

29. Loh Sook Yin (SMK Tinggi St David, Melaka)

30. Malathy a/p Balakrishnan (SMK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah)

Thursday, March 11, 2010

78 peratus calon SPM dapat sijil - Kosmo!

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm

78 peratus calon SPM dapat sijil
11/03/2010 10:36am

PUTRAJAYA – Seramai 78.15 peratus atau 364,046 daripada 465,853 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berjaya mendapat sijil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, daripada jumlah itu, seramai 199,155 calon lulus semua mata pelajaran dan seramai 214 calon memperoleh gred tertinggi atau A dalam semua mata pelajaran.

Bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 3009 pula, seramai 3,138 daripada 6,920 calon lulus dalam sijil itu. – Utusan

Friday, March 5, 2010

Keputusan SPM diumum 11 Mac

Sumber : Berita Harian

Keputusan SPM diumum 11 Mac

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan pada 11 Mac ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan semalam, berkata calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi hari berkenaan. Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

“Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 orang. Sebanyak 3,569 pusat peperiksaan dengan 23,864 petugas peperiksaan disediakan untuk mengendalikan peperiksaan berkenaan,” katanya.

Thursday, February 11, 2010

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Sumber : http://www.moe.gov.my/?id=169&aid=627

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010: PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)





KP(BSPSH-SPDK)201/005/01( )
14 Januari 2010


Semua Pengarah Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri,

Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1 / 2010:
PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

2. Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Dengan pemansuhan dasar PPSMI, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah hendaklah menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

3. Pada 5 Ogos 2009, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.

4. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar PPSMI ke MBMMBI mulai tahun 2010 adalah seperti berikut:

Tahun

Peringkat persekolahan

Rendah

Menengah

Mulai 2010

P&p Sains dan Matematik

boleh menggunakan Bahasa Inggeris.

P&p Sains dan Matematik

boleh  menggunakan

Bahasa Inggeris.

Mulai

2011

i)  P&p Sains dan     Matematik Tahun Satu di SK menggunakan Bahasa Malaysia.

 

ii) P&p Sains dan Matematik Tahun Satu di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing.

 

P&p Sains dan Matematik boleh

menggunakan

Bahasa Inggeris.

Mulai

2012

i)  P&p Sains dan Matematik Tahun Empat di SK menggunakan Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat Tahun 6.

 

ii) P&p Sains dan Matematik Tahun Empat di SJK(C) dan SJK(T) menggunakan bahasa pengantar masing-masing dan/atau Bahasa Inggeris sehingga kohort tersebut tamat Tahun 6.

 

P&p Sains dan Matematik Tingkatan Satu dilaksanakan dalam

Bahasa Malaysia.

P&p Sains dan Matematik Tingkatan Empat boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia sehingga kohort tersebut tamat Tingkatan 5.

Sila rujuk kepada Lampiran 1 dan Lampiran 2 bagi jadual peralihan dasar PPSMI ke dasar MBMMBI.

5. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam Bahasa Inggeris.

6. Penyediaan soalan-soalan peperiksaan awam bagi kelompok mata pelajaran Sains dan Matematik semasa peralihan dasar adalah seperti yang berikut:

Jenis Peperiksaan

Penggunaan Bahasa pengantar

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Dwibahasa

sehingga 2015

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Dwibahasa

sehingga 2013

 

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Dwibahasa

sehingga 2015

 

7. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y. Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia