Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Thursday, April 1, 2010

EMIS ONLINE ver5.1

EMIS ONLINE ver5.1

PENGUMUMAN PENTING

Mulai hari ini, kami telah menyediakan satu lagi kemudahan iaitu Login Guru. Kemudahan ini membolehkan guru-guru untuk menyemak maklumat individu. Mereka juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Sila war-warkan kepada semua guru kerana segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMIS.

Kata laluan default adalah nombor KP. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut

Sunday, January 31, 2010

Mekanisme Perlaksaan MBMMBI

PETIKAN: TUTOR UTUSAN

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai 2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Menurutnya, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos 2009 telah bersetuju melaksanakan mekanisme “soft landing” untuk P&P Sains dan Matematik bagi membantu pelajar-pelajar mengatasi masalah peralihan dasar berkenaan.

``Mekanisme “soft landing” adalah melaksanakan P&P Sains dan Matematik dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah rendah dan sekolah menengah.

``Dwibahasa bermaksud penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dalam P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah; dan penggunaan bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil,'' jelas beliau.

Katanya, perlaksanaan dasar tersebut akan bermula pada 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Walaubagaimanapun mekanisme “soft landing” akan memberi ruang kepada pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan peralihan dasar di mana P&P boleh dilaksanakan dalam dwibahasa.

Kohort-kohort yang terlibat adalah seperti berikut:

(a) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(b) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015.

(c) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2016.

(d) Kohort Tahun 1 (2009) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2013.

(e) Kohort Tahun 1 (2010) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2014.

(f) Kohort Tahun 1 (2011) – boleh menggunakan dwibahasa sehingga 2015

Beliau turut menjelaskan tentang pentaksiran bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dimana mata pelajaran Sains dan Matematik akan terus dilaksanakan dalam dwibahasa sehingga 2016.

Mata pelajaran Sains dan Matematik bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula diteruskan dalam dwibahasa sehingga 2013 manakala bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan sehingga 2015.

``Ini bermakna penggunaan Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda bagi SJK(C) dan SJK(T) bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik akan dilaksanakan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah menengah akan terlaksana pada tahun 2016,'' jelasnya.

Bagaimanapun beliau berkata, pengajaran Sains dan Matematik bagi Tingkatan 6 dan Matrikulasi akan kekal dalam Bahasa Inggeris.

Friday, January 8, 2010

Jadual Peperiksaan PTK 2010 bagi kakitangan KPM

Artikel ini saya ambil dari laman web : http://www.nutp.org/malay/images/berita/peperiksaan%20ptk.pdf 

Pelaksanaan Peperiksaan PTK di KPM Bagi Tahun 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan PTK Aneka Pilihan tahun 2010 bagi Anggota Khidmat Sokongan (AKS) gred 17 dan 22 serta Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred 29, 32, 41 dan 44 akan diadakan pada tarikh 8, 9 dan 10 Jun 2010.

Maklumat lanjut adalah seperti jadual berikut:

Perkara Peperiksaan PTK 2010
Tempoh Pendaftaran : 25 Januari hingga 15 Februari 2010 (2 minggu)
Tarikh Peperiksaan : PTK 8, 9 dan 10 Jun 2010
(jadual lengkap tarikh peperiksaan mengikut gred jawatan akan
dimaklumkan kemudian)

Permohonan Guru Cemerlang 2010

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengiklankan permohanan Guru Cemerlang 2010. Iklan dari KPM.

Tarikh diklankan : 5 Januari 2010
Tarikh tutup :  jam 5.30 petang, Jumaat 29 Januari 2010.

Download: borang GC DG44 (web MOE)| GC DGA 32 dan GCA 38 (web MOE)